Salam semua...
Sekarang ni, aku anggap aku di dalam fasa "REHAB" atau "PEMULIHAN"...
Bukan sebab DRUGS okay! Ini adalah tentang, Pengertian Hidup...
Banyak benda aku belajar dalam FASA ni. Paling PENTING, sesuatu yang POSITIF!
Antara keywords yang aku semakin kenal dan paham...
1. Pengertian hidup
2. Penghargaan
3. Kemaafan
4. Ketenangan
5. Optimistik
Dan banyak lagi isu-isu yang sukar untuk diterangkan..
1. Pengertian hidup -
Mungkin dulu aku rasa aku no one.. Lebih spesifik "UNWANTED". Tapi kini semuanya jadi berlawanan... Alhamdulillah.
2. Penghargaan
Aku memberi penghargaan dan juga menerima penghargaan. Setiap apa yang terjadi, jangan melatah. Kerana ada penghargaan untuk segala susah dan derita yang kita sabar melaluinya.
3. Kemaafan
Aku ada banyak menyinggung perasaan orang. Secara sedar atau tidak. Aku memohon kemaafan kepada ILAHI. Dan juga, kepada semua yang pernah disakiti. Sama ada aku salah atau tidak, itu tidak penting. Yang pasti, aku mohon kemaafan.
4. Ketenangan
Selepas mohon maaf, aku berasa tenang setenang tenang nya. Aku tak perlu fikir lagi hal-hal lama. Hal-hal yang buat aku rasa sakit, benci, semak, risau, gelisah dan sebagainya. Aku harap ianya akan luput selamanya.
5. Optimistik
Aku ingin lebih positif. Supaya Aura positif ini boleh mengubah nasib dan juga jalan hidup aku. It's just like magnet... Lebih positif diri kita, ianya membuatkan hidup kita lebih bertambah baik.
Setakat ini, itu lah yang berlaku dalam hidup aku. Aku sedang pulihkan apa yang patut.
Apa-apa pun, semangat tu penting. Sokongan pun apa kurangnya.
Aku akan terus berikan sokongan, supaya insan itu punyai semangat.
Walaupun aku tidak memberikan kata-kata sokongan dan semangat, anggap lah perbuatan aku adalah salah satu cara untuk aku memberikan sokongan dan semangat.
Dan juga kerana aku ada di situ, untuk menyokong! Kuatkan semangat wahai semua insan-insan kesayangan ku... Aku pasti ada hari untuk kita raikan segala usaha kita, bersabarlah...
Dan terus pandang ke hadapan... Aku akan sentiasa di sini menyokong....
Fasa ini, buat aku mempunyai macam-macam perasaan... Buat aku teringat...
Bagaimana aku yang dahulu... aku yang tak punya apa... Aku yang di pinggirkan...
Tapi kerana setiap kali harijadi aku, ada seorang insan kesayangan ini pernah berkata,
"Mereka memberikan kasih sayang secara sama rata, jangan terfikir pun yang mereka membeza-bezakan"
kata-kata ini membuat kan aku terus melangkah, walaupun pada masa itu ianya samar-samar...
Tapi ianya tak dapat disangkal sama sekali walau sedikit pun... Aku yang bersalah kerana sangkaan aku yang buruk... Aku harap, insan kesayangan aku yang telah memberikan kata-kata itu pada setiap hari jadi aku, akan terus berpegang dengan kata-kata itu...
Aku harap, hidup kita semua akan jadi lebih baik... Hubungan kita akan tetap kuat...
Kita semua akan kekal bersatu padu, tanpa sebarang sangkaan yang boleh menjejaskan hubungan kita...