Lagu yang baru sahaja ditulis.. Dah ada rhythm and dah pon buat arrangement.. Tinggal nak record je...
(saya bukan artis) agagaaaa..... Terimalah..
Hentikan
Dirimu yang ku kenal dulu
kembali menjejaki diri ini
kisah kita dulu tak sempurna
kau pergi tanpa ada rasa
Dirimu yang ku inginkan dulu
mengejar bayangan ilusi palsu
Kita pernah ada rasa cinta
hancur musnah segalanyaaa
Hentikanlah rasa itu
Kita punya dunia baru
Hargailah hidup kini
Jangan lukakan hati ini lagi
Ku harap kau dapat menerima
suratan takdir kita tak bersama
ku harap kau di sana lupakanlah aku saja
Aku kini sudah berbeza
Ku harap kau akan mengerti
tak mungkin dapat kau takluki hati ini lagi
kisah kita dulu jangan kau ingat kembali
Aku takut diperdaya lagi
Untuk insan itu.. Hentikanlah.. ku sudah punya dunia dan cerita baru...